Saturday, October 10, 2009

ikhlas la beramal

"Apabila nasihat atau perkataan itu keluar dari hati yang ikhlas, maka apabila ia didengar akan masuk ke dalam hati sebaliknya bila ia hanya keluar dari lidah, maka ianya tidak masuk ke dalam telinga".
(Hukamak)

"Ajaran Islam itu tidak akan tumbuh di dalam jiwa yang dibungkus oleh kemusrikan, kebendaan dan kemegahan dan ianya akan tumbuh subur di dalam hati yang penuh keikhlasan".
(Fuqahak)

"Bagi orang yang ikhlas, sakit dan susah itu adalah kulit, yang isinya adalah rahmat dan nikmat, kerana dengan jalan inilah dia akan lebih dekat lagi dengan Allah".
(Zahid)

"Berbaktilah kepada ibu bapa anda dengan ikhlas, kerana tidak lama lagi ia akan meninggalkan anda. Dan hormatilah keduanya dengan ketinggian budi. Banyak orang yang menyesal kerana belum dapat berbuat baik seketika keduanya masih hidup".
(Fuqahak)

"Bagi orang yang pemurah serta ikhlas, satu kesenangan baginya menolong orang lain. Akan tetapi bagi orang yang bakhil kesenangannya adalah apabila orang tidak meminta kepadanya".
(Zahid)

"Gagalnya suatu usaha itu sekali-kali tidak akan memburukkan kita apabila kita mengerjakannya dengan ikhlas. Kejadian yang telah berlalu baru ada faedahnya, kalau ia menunjukkan jalan untuk maju."
(Abul Islami)

"Pujian yang diberikan dengan ikhlas, adalah anak kunci untuk memulai persahabatan, sedangkan penghinaan adalah sumber pertengkaran dan permusuhan".
(Hukamak)

No comments:

Post a Comment