Thursday, July 30, 2009

Rahsia pemakanan genius Islam..try la...

~> MADU Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu".

~> KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.

~> SUSU SEGAR Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

~> TELUR Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

~> HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.

~> LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

~> BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

~> DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak.

~> OTAK DAN DAGING AYAM Otak ayam yang segar boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

~> DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

~> HATI Terutamanya hati ayam kampung (ayam besa kena suntik..xelok) dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

~> KEKACANG Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.

~> ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.

~> KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

~> BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

~> LABU Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal".

~> MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

~> SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori. Buah kedekai (MANJALAWI) dapat menguatkan hafazan dan tenaga badan.aspek-aspek ini terkandung dalam AQ dan as-sunnah.. jadi, wajarlah kita mengamalkan segala perintah Allah dan mencontohi sunnah Rasulullah.. "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara dan kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah.."


1. Siapa anda (apa hakikat diri anda)?Seorang hamba Allah..drpd berjuta2 benih, diri ni yg dipilih utk lahir ke dunia..yg terbentuk dr percantuman sperma dan ovum..


2. Dari mana anda datang?Asalku dari Nabi Adam dan isterinya, Hawa yang diciptakan Allah.. segalanya dari Dia~


3. Kenapa anda berada di sini (alam dunia)?Sesuatu yg dlm pencarian..


4. Ke mana anda akan pergi?Selepas ini ke alam barzakh sebelum ke mahsyar.. selepas itu segala amalku akan dihitung.. syurga ataupun neraka(nauzubillahiminzalik).. harap2 tergolong org yg msk ke syurga..


5- Apa tujuan hidup?Mencari keredhaan ALLAH..

6- Dan apakah hakikat mati?Mati adalah permulaan kehidupan yang sebenar-benarnya.. "Jangan kau hiraukan dunia kerana dunia itu merendahkan yang tinggi dan meninggikan yang rendah.."~Pemikiran manusia sudah pasti tidak mampu memahami segala kekuasaan dan kebijaksanaan Tuhan yang menunjukkan kita jalan yang lurus~

Sunday, July 26, 2009

renung2 kan lah..selami diri sendiri..


Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
"Jika kamu menyayangi ibumu, sayangi lah dia selalu sepertimana dia menyayangi kamu..


Thursday, July 23, 2009

sapa budak pmpuan xsuka bunga??angkat tangan..

cantiknya flower colour blue ni, cam xpenah nampak lak..agak2 mana tempat kita leh cari bunga ni real ek?

bayangkan 2 warna bunga dlam 1 tangkai..ermmm...


ni nak makan kek luh ka @ nak cabut bunga luh?
rasa xsngup lak makan kek ni kan, sb cantik..



da dpt umah sendiri nti, nk buat landskap cm ni la, nyaman ja umah. kan3??


kesimpulannya, saja ja nak letak gambar bunga ni, xtau nak post apa. hahahaha

Friday, July 17, 2009

pesanan dari teman (AZIMAT BISMILLAH)

Bismillah adalah kalimat sangat pendek namun kadangkala sangat sulit untuk diucapkan.
Dalam hadis Rasulullah S.A.W dikatakan:
Barang siapa yang membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali maka:-
1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.
Alkisah ada seorang isteri yang selalu membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM setiap kali melakukan sesuatu dalam membuka, menutup dan mengunci pintu almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll.
Pokoknya selalu membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti.
Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut.
Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan,“Wahai isteriku, ni aku amanahkan emas kepadamu.
Simpanlah baik-baik.Lalu sang isteri pun menerimanya dengan mengucapkan Bismillah dan membuka alamari dengan mengucapkan Bismillah dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan Bismillah dan menutup/mengunci almari dengan mengucap Bismillah.
Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dn membuangnya ke laut.
Lalu ia kembali ke rumah, dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu yang lalu.
Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan Bismillah dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut.
Lalu mengambil emas yang pada saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.
Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMLLAHHIRRAHMANIRRAHIM.
Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya iaitu:
Kita disarankan membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian digantungkan, baik yang pakaian baru maupun yang baru kita gunakan.
Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (golongan Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman.Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembap ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh mahkluk laindengan cara mereka.
Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang kita dapat perolehi dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan kalimah BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-harian, Amin.

gaya rambut 2009

Tips mendandan dan bagi mendapatkan gaya rambut terkini gaya rambut 2009.

gaya rambut

Bagi yang berambut mengerbang, Sediakan gel dan serum di dalam handbag anda dan jika rambut anda kelihatan mengerbang campur kan gel dan serum dalam kuantiti yang sama banyak kemudian sapukan pada rambut dan gayakanya semula, serum ini bertindak sebagai anti frizz mana kala gel mengekalkan bentuk rambut anda.

Gaya Rambut

Lady Gaga ini pula lebih menarik menggunakan cebisan rambutnya sendiri sebagai aksesori rambutnya. Sebaiknya buatlah di salon kegemaran anda membuatkannya untuk anda dan boleh digayakan apa bila perlu.

Gaya Rambut

adalah kewajipan jika anda sering memakai aksesori atau apa-apa yang menyakitkan rambut anda ketika cuci apa kata lap kan dahulu rambut anda sebelum menyapu conditioner ini akan membolehkan keberkesanan penyerapan conditioner itu ke rambut anda.

Gaya Rambut

Gaya rambut Boy look boleh saja jika anda berani mencuba gaya ini.

Gaya Rambut

Jika anda ingin bermandi manda di tepi pantai atau berenang di pool apa kata cuba kaedah ini untuk mengekalkan gaya rambut anda. Basahkan rambut anda dengan air biasa sebelum anda terjun ke kolam renang atau mandi laut. Ini dapat mengelakkan kerosakkan rambut akibat klorin dan garam.

Gaya Rambut

Jika anda ingin menipiskan rambut di bahagian atas agar lebih ringan apa kata cuba cara ini, gaya rambut short layer dan jika ingin lebih apa kata tambahkan highlight pula.

Gaya RaMBUT

Gunakan eye shadow untuk menghasilakan warna kemudian semburkan hair spray untuk mengekalkan warnanya. Ini menghasilkan rambut yang berkilau-kilau sesuai untuk gaya malam anda.

tips agar cantik

Tips Cantik

melakukan rutin harian…

kali ini… ADAKAH ANDA BERLEBIHAN MELAKUKAN Rutin harian anda? ATAU KURANG? Apakah rutin harian anda? rutin harian untuk kekal cantik… untuk amalan anda seharian.

1) yang pertama adalah … Mencuci muka?

- Sehari sekali bagi yang berkulit kering dan 2 kali sehari bagi kulit berminyak

2) yang kedua ialah pengunaan krim muka?

- Dua atau tiga kali bagi produk yang mengandungi salicylic asid dan memadai sehari sekali bagi produk yang mengandungi benzoyl peroxide ini akan membawa pada kulit menjadi kering jika di pakai berlebihan.

3) yang ketiga ialah pemakaian mask?

- Seminggu sekali jika anda mengunakan produk untuk melembabkan kulit dan dua kali seminggu bagi yang mengunakan masker untuk kulit berjerawat iaitu jenis penyerap minyak (oil-absorber).

4) yang ke-empat ialah Body scrub?

-Memadai seminggu sekali

5) Tips ke lima ialah Shave my bikini line?

- Sekali atau dua kali seminggu bergantung pada anda.

rawatan kulti

Sebenarnya penuaan kulit mula berlaku dari usia 20-an. Rutin penjagaan kulit yang baik how-much-does-a-chemical-peel-coastboleh memperlahankan proses penuaan kulit. Kali ini saya ingin berkongsikan serba sedikit mengenai yang dinamakan Chemical Peel.

ini berfungsi untuk mendapatkan kulit wajah yang licin berseri serta mengekalkan keremajaan kulit. Chemical Peel ini merupakan kaedah rawatan moden kini.

ini disarankan kepada meraka yang berkulit cerah berbanding yang berkulit gelap. Rawatan pula akan bergantung kepada tahap masalah kulit yang dihadapi dan terbahagi kepada tiga jenis iaitu light peel, medium peel dan deep peel.

Light peel melibatkan permukaan kulit, medium peel menembus masuk sehingga ke pertengahan epidermis manakala deep peel mampu sampai hingga ke epidermis. Sebelum menerima akan dianalisis oleh pakar terlebih dahulu untuk menentukan tahap rawatan yang diperlukan.

chemical peel ini boleh dilakukan di hospital dan akan di lakukan oleh doktor – doktor yang berkelayakan. Selalunya rawatan ini menelan kos dari Rm 100 hingga ke Rm 800.

boleh dilakukan pada bahagian muka, leher dan juga tangan.

http://www.youtube.com/watch?v=81rO08kNzuc

http://www.youtube.com/watch?v=81rO08kNzuc

Mengapa perlu Chemical Peel?

  1. Untuk mengurangkan garisan halus di bawah mata dan sekeliling mulut.
  2. Merawat kedutan yang disebabkan oleh kerosakan matahari, penuaan dan faktor genetik.
  3. Merawat sesetengah jenis jerawat.
  4. Memperbaiki kemunculan parut halus.
  5. Mengurangkan tanda penuaan, bintik-bintik hitam akibat kehamilan dan pengambilan pil pencegah kehamilan.
  6. Memperbaiki wajah dan kulit yang kusam dari segi tekstur dan warna

tips kecantikan kaki

  • Tips yang pertamanya rendam selama 30 minit di dalam air suam yang dicampurkan sedikit garam biasa atau garam mandian.
  • Kemudian lap tapak perlahan-lahan menggunakan tuala kecil bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan kekotoran.
  • Tips seterusnya sambil rendamkan , bolehlah memasangkan lagu yang lembut untuk terapi diri.Tips penjagaan kaki
  • Tips seterusnya scrub anda atau gukan pimice stone bagi membuang kepingan keras pada .
  • Kemudian keringkan dengn tuala bersih. Urut dengan losen atau krim .
  • Tips , pastikan urut sekitar tapak ,tumit, celahan jari dan sapukan losyen keseluruhan .
  • Tips seterusnya ialah ketika memotong kuku dengan betul ialah dengan memotongnya menjadi empat segi. jangan membuang kutikel pada kuku bagi mengelakkan kemasukan bakteria.
  • Kemudian goskkan kuku yang telah dirapikan dengn minyak zaitun agar lebih sihat dan berkilau.