Tuesday, October 20, 2009

hidup biarlah selalu menghargai

Saat bertemu dengan orang yang benar-benar engkau kasihi,
haruslah berusaha memperolehi kesempatan untuk bersamanya
seumur hidupmu.
kerana ketika dia telah pergi,
segalanya telah terlambat.

Saat bertemu teman yang dapat di percayai,
rukunlah bersamanya.
kerana seumur hidup manusia,
teman sejati tak mudah ditemukan.

Saat bertemu penolongmu,
ingat untuk bersyukur padanya.
kerana dialah orang yang pernah kau cintai,
ingatlah dengan tersenyum untuk berterima kasih,
kerana dialah orang yang membuatmu lebih mengerti tentang kasih.

Saat bertemu dengan orang yang pernah kau benci
sapalah dengan tersenyum,
kerana ia membuatmu semakin teguh dan kuat.

Saat bertemu dengan orang yang pernah mengkhianatimu,
berbincanglah baik-baik dengannya,
kerana jika bukan kerana dia,
hari ini engkau tidak memahami dunia ini.

Saat bertemu dengan orang yang diam-diam pernah engkau cintai,
berkatilah dia,
kerana saat kau mencintainya,
bukankah berharap dia bahagia?

Saat bertemu orang yang tergesa-gesa meninggalkanmu,
berterimakasih lah bahawa dia pernah ada dalam hidupmu,
kerana dia adalah sebahagian dari nostalgiamu..

No comments:

Post a Comment