Thursday, July 30, 2009

Rahsia pemakanan genius Islam..try la...

~> MADU Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu".

~> KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.

~> SUSU SEGAR Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

~> TELUR Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

~> HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.

~> LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

~> BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

~> DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak.

~> OTAK DAN DAGING AYAM Otak ayam yang segar boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

~> DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

~> HATI Terutamanya hati ayam kampung (ayam besa kena suntik..xelok) dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

~> KEKACANG Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.

~> ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.

~> KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

~> BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

~> LABU Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal".

~> MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

~> SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori. Buah kedekai (MANJALAWI) dapat menguatkan hafazan dan tenaga badan.aspek-aspek ini terkandung dalam AQ dan as-sunnah.. jadi, wajarlah kita mengamalkan segala perintah Allah dan mencontohi sunnah Rasulullah.. "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara dan kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah.."


1. Siapa anda (apa hakikat diri anda)?Seorang hamba Allah..drpd berjuta2 benih, diri ni yg dipilih utk lahir ke dunia..yg terbentuk dr percantuman sperma dan ovum..


2. Dari mana anda datang?Asalku dari Nabi Adam dan isterinya, Hawa yang diciptakan Allah.. segalanya dari Dia~


3. Kenapa anda berada di sini (alam dunia)?Sesuatu yg dlm pencarian..


4. Ke mana anda akan pergi?Selepas ini ke alam barzakh sebelum ke mahsyar.. selepas itu segala amalku akan dihitung.. syurga ataupun neraka(nauzubillahiminzalik).. harap2 tergolong org yg msk ke syurga..


5- Apa tujuan hidup?Mencari keredhaan ALLAH..

6- Dan apakah hakikat mati?Mati adalah permulaan kehidupan yang sebenar-benarnya.. "Jangan kau hiraukan dunia kerana dunia itu merendahkan yang tinggi dan meninggikan yang rendah.."~Pemikiran manusia sudah pasti tidak mampu memahami segala kekuasaan dan kebijaksanaan Tuhan yang menunjukkan kita jalan yang lurus~

No comments:

Post a Comment