DI sekeliling kita ada yang hidup dalam kesusahan dan kesenangan. Malah,  sesetengahnya mempunyai kemewahan yang sukar ditandingi. Apa perasaan kita  apabila memandang kepada kehidupan hartawan itu?
Umumnya apabila mata  melihat kenikmatan yang diperoleh orang lain, akan tumbuh suatu perasaan di  dalam diri, dinamakan iri hati. Sememangnya sesuatu yang bersifat semula jadi  dengan nikmat itu akan menimbulkan iri hati.
Cuma apabila iri hati itu  akan melahirkan perasaan benci kepada nikmat terbabit dan suka pula ia hilang  daripada tangan orang, ia dinamakan sebagai hasad.
Jika iri hati itu  melahirkan keinginan mendapatkan nikmat serupa tanpa benci pada nikmat yang ada  pada orang, malah tidak berharap nikmat itu hilang daripadanya, ia tidak  dinamakan hasad, sebaliknya disifatkan al-ghibtah atau al-munafasah.
Apa  itu hasad? Hasad boleh ditakrifkan sebagai rasa tidak senang atau sakit hati dan  benci ke atas nikmat yang ada pada orang lain tetapi senang hati atau gembira  dan suka nikmat itu hilang daripada tangan orang terbabit.
Ringkasnya, ia  merujuk perasaan suka dan senang hati apabila orang lain ditimpa kesusahan dan  bencana, tetapi menaruh kebencian apabila orang menerima  kesenangan.
Daripada pengertian yang umum itu, sarjana membuat  pembahagian sifat hati itu kepada empat peringkat:
Dengan itu akan samalah tarafnya, iaitu sama-sama tidak memiliki nikmat terbabit, sebagaimana kalau berjaya akan sama-sama memilikinya.
Peringkat pertama amat tercela, peringkat kedua adalah tercela, peringkat ketiga ada sudut tercelanya dan ada sudut tidak tercela manakala peringkat keempat dimaafkan. Peringkat keempat ini dinamakan ghibtah atau munafasah.
Munafasah tidak salah dan tidak ditegah kerana ia adalah persaingan. Persaingan yang sihat seperti untuk mendapatkan tempat yang baik di sisi Allah tidak salah.
"Meterainya kasturi dan untuk itulah hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan." (al-Mutaffifin:26)
Rasulullah s.a.w ada menegaskan, maksudnya: "Diumpamakan umat ini dengan empat (jenis) orang iaitu:
Justeru, tidaklah salah jiwa kita berasa iri hati atas nikmat orang lain dan kita berasa ingin mempunyai nikmat yang sama sepertinya tanpa berasa suka jika nikmat itu hilang daripadanya dan tidak benci jika ia kekal di tangannya.
Bagi nikmat berbentuk keagamaan yang wajib seperti nikmat iman, solat, zakat dan puasa, berlumba-lumba ke atas nikmat terbabit wajib hukumnya, iaitu hatinya hendaklah berasa suka untuk mencapai nikmat seumpamanya.
Ini kerana jika tidak sukakan yang demikian, bererti dia rela dengan maksiat dan ini adalah haram.
Demikian juga jika nikmat itu berbentuk amalan kelebihan (fadhail) yang sangat digalakkan hukumnya adalah sunat dan jika nikmat itu yang haruskan yang dipergunakan secara harus, hukumnya adalah harus
No comments:
Post a Comment