Tuesday, October 20, 2009

plan msa depan

balik ni nti xtau nk wat apa, mmg la nak cri keja, tapi mana ada keja datng on the sport kan..lau leh aku xnk rehat2 da, blk kg ja mmg plan nk cri keja trus la, lama sgt da xmrasa duit hasil titik peluh sendiri, kini da tiba masanya support kewangan sndiri, smpai bila nk harapkan mak bapa ja hulur duit kan..
doa n usaha ja, moga dpt keja secepat mungkin..

mari beli tiket

haha, skrng da beli tiket, lg 4mingu nk balik, wah berbunga2 rasanya hati ni.hehe
punya lama nk pilih tiket tarikh mana nk kena beli, banyak perlu di fikir luh, first harga dia, kena pilih yag palinh murah, biasalah student kn, mana ada duit nk beli yang mahal2, pastu tgk jam dia lak bila penerbangan, mmg byk kena fikir la, nasib baik la semua da settle, blk saing ngan roomate..

pta punya pasal

lega rasanya bila da tau tesis aku da approve, cuma nak ubah sikit2 ja.
td jumpa lecture, dia da suh aku jilid pta, wah ini la ayat yang aku tunggu2 selamanya.hehe
bkn apa, sbb tesis ni la aku nk tgk tiket blk pun xbrani, takut nti ada mslh lau beli tiket awal kan..
tpi alhamdulillah la skrng da lega skit..xsabar nk tgk tiket nk, mak nak balik...hehe

story from myself

Susahnya nk jd kurus kn..apa tak nya lau keja mkn ja.hehe
kt kolej, time lapar ja, cpt p masak, pas tu makanan yg d mkn bkn byk khasiat pun, ari2 resepi telur n sardin ja.huhu, boring sgt2, tpi nk wat cmna, xde pilihan..
blk kg pun jd chef gak d umah, pg petang msk, cmna nk kurusnya..
tpi time blk tuk cuti reya tu, ramai gak ckp bdn aku ada nampak kurus sikit la, alahai sikit ja, ckp la kurus banyak ka, kan senang gak hati aku..
xpe2, usah tangaa kejayaan..
smlm call family, tnya da mkn blum, aku dengan jawapan yg biasa, blum mkn lg mak..
huh, dengar lak suara bapa d blakang mak aku, hah org len makin gemuk, ko sorang ni makin kurus, ai bapa x faham ka, anak bapa sorang ni da masuk 23, da leh kawin, so kena jaga badan.hahaha.
mampus aku kalo bapa dengar, xpadan ngan kecik, nk kawin.hehe

rahsia hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga

Kepercayaan sekadar satu panduan

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung – Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung – Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah – Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah – Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu – Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

hidup biarlah selalu menghargai

Saat bertemu dengan orang yang benar-benar engkau kasihi,
haruslah berusaha memperolehi kesempatan untuk bersamanya
seumur hidupmu.
kerana ketika dia telah pergi,
segalanya telah terlambat.

Saat bertemu teman yang dapat di percayai,
rukunlah bersamanya.
kerana seumur hidup manusia,
teman sejati tak mudah ditemukan.

Saat bertemu penolongmu,
ingat untuk bersyukur padanya.
kerana dialah orang yang pernah kau cintai,
ingatlah dengan tersenyum untuk berterima kasih,
kerana dialah orang yang membuatmu lebih mengerti tentang kasih.

Saat bertemu dengan orang yang pernah kau benci
sapalah dengan tersenyum,
kerana ia membuatmu semakin teguh dan kuat.

Saat bertemu dengan orang yang pernah mengkhianatimu,
berbincanglah baik-baik dengannya,
kerana jika bukan kerana dia,
hari ini engkau tidak memahami dunia ini.

Saat bertemu dengan orang yang diam-diam pernah engkau cintai,
berkatilah dia,
kerana saat kau mencintainya,
bukankah berharap dia bahagia?

Saat bertemu orang yang tergesa-gesa meninggalkanmu,
berterimakasih lah bahawa dia pernah ada dalam hidupmu,
kerana dia adalah sebahagian dari nostalgiamu..

panadol merbahaya




JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya!!

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain".


Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak . Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.