“janganlah kamu terlalu bersedih kerana apa yg telah ditakdirkan pasti akan berlaku dan rezeki yg telah ditentukan untukmu pasti akan datang..”
Wednesday, October 7, 2009
org kata jeles tue.....?
Bagaimanakah situasi yang menjadikan cemburu itu sesuai dan dalam keadaan manakah cemburu itu akan menakutkan pasangan? Setiap pasangan yang bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan yang lebih kepada seseorang individu yang particular dan itu cemburu yang sesuai tetapi jika ingin cemburu jika teman anda bermesra dengan rakan-rakan sekuliah atau sepejabat, itu cemburu yang tidak bertempat. Sekiranya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan seorang wanita atau jejaka setelah habis waktu bekerja, itu cemburu yang kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda pulang lewat kerana bekerja, itu cemburu buta.
Cemburu membuat hati penuh prasangka, banyak assumption yang dibuat tidak tepat dan jika ini sering dilakukan, samada pasangan akan menjadi takut untuk berterus terang atau berkongsi cerita dengan anda atau perhubungan anda akan sering dilanda puting beliung, dihuru harakan dengan pertengkaran. Cara untuk mengatasi masalah cemburu yang tidak berasas ialah dengan menggunakan fikiran untuk mengawal emosi dan bukan sebaliknya.
Apabila dirasuk perasaan cemburu, berfikirlah secara rasional dan matang. Apakah cemburu yang timbul itu adil terhadap pasangan anda? Jangan sesekali membenarkan fikiran anda merayau dan berfikir tentang perkara-perkara yang akan menambah burukkan emosi cemburu anda. Sebagai contohnya, pasangan kekasih berjanji untuk berjumpa anda pada pukul 7 malam tetapi dia sms mengatakan akan lewat 2 jam kerana terpaksa menghabiskan kerja. Anda tahu kekasih anda terpaksa bekerja dengan seorang eksekutif wanita yang cantik dan belum berkahwin. Apabila diberitahu, anda akan dihujani dengan assumption yang selalunya tidak masuk akal, lantas perasaan cemburu menjadi lebih membuak-buak. Assumption anda yang pertama, mungkin kekasih anda tertarik kepada wanita ini dan oleh itu ingin menghabiskan masa bersamanya berbanding dengan anda. Assumption kedua, kekasih anda tidak bekerja lebih masa sebaliknya keluar dengan wanita ini kerana wanita ini lebih menarik daripada anda. Assumption ketiga, kekasih anda akan bersama dengan wanita ini di pejabat dan macam-macam boleh berlaku. Stop! Jika begini cara anda berfikir, anda membenarkan fikiran anda dikawal emosi dan setiap kali anda mengagak apa yang mungkin berlaku, hati terasa ingin pecah kerana cemburu.
Untuk mengawal emosi dengan fikiran, anda perlu berfikir begini. Ketika menerima sms daripada si teman, yakinkan diri anda dia seorang yang bertanggungjawab dan kuat bekerja untuk kebaikan kamu berdua di hari muka. Keduanya balas sms beliau dengan mengatakan bahawa anda faham keadaannya dan akan menunggu tetapi jangan terlalu lambat. Ketiga, batalkan temu janji dan harap-harap dapat bertemu lain kali kerana tidak bagus untuk rush teman yang sedang bekerja. Jadi dengan berfikiran positif, cemburu akan dapat diatasi dan teman anda akan lebih menyayangi kerana anda memahami. Seandainya terbukti pasangan anda menipu anda, sekurang-kurangnya anda telah mempercayainya dan segala blame biar dia tanggung seorang!
Dalam perhubungan, cemburu itu bahaya. Pandai-pandai bermain cemburu, jangan sampai merosakkan perhubungan!
pandang la dari sudut positif
Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang akan menabahkan hati kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak menghiraukan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan abiliti kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.... |
| |
Tuesday, October 6, 2009
pisang & hati
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci…!
Monday, October 5, 2009
pulau menarik di sabah
Ini bukan pulau la, cuma nk tunjuk lambang yang boleh di lihat di penghujung borneo iaitu tanjung simpang mengayau...singah lab komputer
lawak guru dan pelajar
Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi Sahaja?
Petang Dan malam awak doakan saya tak
Selamat?
Murid : Selamat pagi, petang Dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
Orang! Kata selamat sejahtera! Senang Dan Penuh
Bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi
Semua Masa Dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang
Perkataan Berlawan. Bila cikgu sebutkan Perkataannya,Kamu semua mesti menjawab dengan Cepat, lawan bagi
Perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu Ada apa-apa gangguan.
murid :(senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Cikgu : rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
cikgu : oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu Gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!






