Friday, October 2, 2009

Sapa lagi bijak menyamar?

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan… pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat. Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya… Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. “Hey Hashim…” Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang…

dia segera mengubah penyamarannya.. kali ini sebagai Syeikh Arab…. Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang… Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek…. Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi..”

Tiba-tiba nenek berkata ” Hey Hashim” Kerana kehairanan yang amat sangat… “Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?”

Nenek itu menjawab.. “La engkau ni… ini aku la… Roslan!”

UNTA MENJADI HAKIM

Pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Rasulullah s.a.w. lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah s.w.t. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. melalui seekor unta yang menghakimkannya

pukul berapa buka??

Pada suatu tengah malam telepon di rumah
seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?"
seorang pemuda di hujung talian bertanya

"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat
encik menelifon saya tengah malam buta nie?"
tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?"
pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa

"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!"
si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.

"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu
sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".

"Siapa kata saya mau masuk?"
kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"

kisah monyet pintar

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik..

Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu… lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : “Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?” Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : “Oh…kereta terbalik beberapa kali… jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?” Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : “Oh…lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?”

Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar. “Oh…okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?” Dan… si monyet kemudian menirukan gaya memandu…



kira pintar gak la monyet ni sbb polis pun leh tanya dia soalan2 tentang kejadian tu..hehe

Thursday, October 1, 2009

kisah teladan untuk renungan bersama

SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya,Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun.Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama.Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan.Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya.

Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.

Prannnnngggggg … !!

Bertaburan kaca di lantai.Lelaki tua serba salah. Dia bangun, cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat
datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.

“Esok ayah tak boleh makan bersama kita,” Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan.

Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.

Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: “Miah… buruk benar layanan anak kita pada abang.”

Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.

Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. “Oh! Ya…” bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.

“Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama,” kata Rina apabila anaknya bertanya.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.

Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisi nya. “Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni,” kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.

“Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk,” kata Viva.

Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah!

Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan.

Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.

“Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?” kata Viva pada ayahnya selepas makan. Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.

MORAL OF THE STORY: Hargailah kasih sayang kedua orang tua
kita…..Ibubapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada
pengganti…jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan…

pengorbanan yang tidak d hargai..

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”

cintai org yg myintai diri kita

Cinta bukanlah daripada kata-kata, tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang, dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya. Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh...