Tuesday, September 8, 2009

kunci KEKUATAN diri...

Setiap dari kita sentiasa mencari-cari di mana terletak kekuatan diri.

Sebagai bandingan sesuatu peralatan elektrik atau mesin ada yang meghidupkannya. Iaitu suis atau starter . Dengan memetik suis ,lampu akan bernyala dan enjin akan dihidupkan.

Di mana terletaknya suis bagi kuasa kehebatan manusia. Ia adalah di HATI SANUBARI setiap orang. Sumber kuasa utama adalah di hati. Keyakinan, kepercayaan dan keimanan seseorang adalah terletak di hati.Maka hatilah suis yang akan menjana kehebatan manusia.

Petik sahaja suis di hati anda, tentang apa sahaja keinginan anda . Maka segala tenaga dari setiap getaran sel yang berputar lawan jam iaitu 100 000 km per saat dari diri kita akan pantas menuju kepada kehendak yang membara di hati seseorang.

Setelah suis dah dipetik ia akan menghasilkan tenaga yang maha hebat. Suis ini bermula dengan niat yang dibentuk dalam diri seseorang. Niat adalah seperti tangan yang memetik suis tersebut.

Bagaimana untuk memastikan tenaga ini berkekalan supaya apa yang diniatkan (MATLAMAT) dapat dicapai?

Ianya adalah melalui ikrar yang diulang-ulang pada setiap hari. Kaedah ini telah diamalkan sewaktu kita menunaikan sembahyang 5 waktu. Iaitu semasa doa iftitah kita sering menyebut:

Sesungguhnya solatku, ibadahku, Hidupku dan matiku kerana Allah
Tuhan seluruh semesta alam.


Janji ikrar ini sentiasa kita perbaharui setiap solat 5 waktu sehari semalam. Begitu indah sekali ajaran Islam yang mengajar kita untuk mencapai setiap kejayaan perlu ada JANJI DIRI untuk memastikan kekuatan rohani bagi mencapai sesuatu matlamat.

Jadi apa sahaja keinginan anda selagi tidak melanggar syarak, maka pastikan anda sentiasa melafazkan ikrar untuk mencetuskan tenaga maha hebat yang dibekalkan dalam diri anda. Janji diri akan melahirkan kekuatan dan kemantapan hati yang menjadikan anda lebih TABAH (persistence) dalam menempuh apa jua rintangan.


aKibaT nk Balik aWal.huhu

ni la terpaksa d tanggung nk blk kg awl, org bg cuti raya semingu, aku up 2mingu, last2 sendiri kena rush wat cmua keja sblum blk braya. huhu
dengan PTA lg, asmngt lg, keja group pun xwat apa2 lg ni..
usaha2, sbelum jumaat ni aku dapat wat cmua, bsengkang mata xtido pun xkisa, janji keja siap, balik kg rehat n bgembira, gembira tuk 2 mingu ja, balik unimas, bnyk keja lg yang mnungu kena setlekn..
ni la kehidupan seorang aku...huuhuhu

xsabar nk habis study.....
tu la, sapa suru mals2 study sbelum ni..
peringatan tuk diri, rajin2 la kejar masa..

Sunday, September 6, 2009

KOs UpAh




Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan

makan malam di dapur lalu si anak menghulurkan sekeping kertas

yang tertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron,

menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.




Kos upah membantu ibu;



Tolong pergi kedai...........RM 1.00

Tolong jaga adik..............RM 2.00

Tolong buang sampah....RM 1.00
Tolong kemas bilikRM 2.00

Tolong siram bunga........RM 2.00

Tolong sapu sampah.......RM 2.00


JUMLAH RM 10.00




Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak

sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya.

Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.



Kos mengandungkanmu selama 9 bulan.........Percuma

Kos berjaga malam kerana menjagamu...........Percuma

Kos air mata yang menitis keranamu..............Percuma

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu........Percuma

Kos menyediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu...Percuma

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU PERCUMA



Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,”Saya sayangkan ibu”.
Kemudiannya si anak mengambil pen dan menulis
‘TELAH DIBAYAR’ pada muka surat yang ditulisnya.


Dan janganlah seseorang itu merasakan bahawa dia telah membalas jasa ibunya walaupun dia telah melakukan pelbagai kebaikan kepadanya.
Sesungguhnya jasa ibu tidak boleh terbalas oleh kita sekiranya ia merasakan demikian dia adalah anak DERHAKA…

Wallahu’alam…

Saturday, September 5, 2009

Maksud Cinta?? bG anda lak?

1. Al-Mahabbah......................Kasih -sayang
2. Al-Alaqah............................Cinta, Hubungan, Segumpal Darah
3. Al- Hawa........................... Hasrat, Nafsu, Keinginan
4. Ash-Shabwah...................Kerinduan
5. Ash- Shababah.................Kerinduan Yang Halus
6. Asy-Syaghaf ..................Cinta yang Mendakam
7. Al- Miqatu.........................Cinta
8. Al- Wajdu........................Cinta Yg Disertai rasa Sedih
9. Al- Kalaf.........................Cinta yg Mendalam
10. At-Tatayum.....................Penghambaan
11. Al-'Isyqu........................Cinta yg Meluap-luap
12. Al-Jawa..........................Cinta yg Membara
13. Ad-Danafu.....................Sakit Kerana Cinta
14. Asy- Syajwu................. Cinta Yg Berakhir dgn Kegelisahan@ Kesedihan
15. Asy-Syauqu....................Rindu
16. Al-Khilabah.....................Cinta yg Mengecoh
17. Al-Balabil...................... Yg Gelisah
18. At-Tabarih.....................Cinta yg Memuncak
19. As- Sadam.................... Cinta yg Berakhir dgn Sesal dan sedih
20. Al-Ghamarat .................Bodoh, Lalai, Mabuk
21. Al-Wahl..........................Takut , Gementar
22. Asy- Syajanu................Membutuhkan
23. Al-La'ju...........................Hangu, Terbakar
24. Al- Ikti'kab......................Merana kerana Sedih
25. Al-Washabu.................. Derita Cinta
26. Al- Hazanu.................... Kesedihan
27. Al-Kamadu.......................Kesedihan Yg Terpendam dlm Hati
28. al- Ladzu......................terbakar api
29. Al- Huraqu.....................Gejala Cinta
30. As-Suhdu.....................Sulit Tidur
31. Al- Araqu....................Tidak dapat Tidur
32. Al-LAhfu .....................Sedih
33. Al- HAnin..................... Kerinduan, Belas Kasih
34. Al- Istikanah................. tunduk ,Menyerah
35. At-Tabalah...................Derita Cinta
36. Al-Lau'ah.....................Terbakar Kerinduan
37. Al-Futun....................... Cubaan, Ujian
38. Al- Junun......................Gila , Tidak Waras
39. Al- Lamamu.................Setengah Sinting, Setengah Gila
40. al-khablu......................Binasa
41. Ar-Rasis......................Teguh , Tegar
42. Ad- Da'ul- Mukhamir......Penyakit yg Merasuk
43. Al- Wuddu........ ..........Kasih yg Tulus
44. Al-Khullah.....................satu Cinta
45. Al-Khilmu.....................Sahabat
46. Al-Gharam................. cinta yg dibutuhkan
47. Al-Huyam....................Sangat dahaga
48. At-TAdliyah................ Gila, Linglung
49. Al- Walahu...... ............Tidak Waras, Bingung
50. At-ta'abbud..................Penghambaan

Cinta Yang Sebenar-benar Cinta

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.

"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah.

"Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.


Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Semoga timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin.. "

Friday, September 4, 2009

puasa yang sempurna

DOSA yang bermula daripada mulut yang bercakap sia-sia atau mengeluarkan perkataan tidak baik pada Ramadan boleh mengurangkan, malah mungkin sampai ke tahap membatalkan pahala puasa.

Perkara ini merujuk hadis oleh at-Tirmizi bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang tidak dapat meninggalkan daripada berkata-kata sia-sia dan selalu beramal dengannya, maka tiada apa yang diharapkan oleh Allah walaupun ketika itu dia meninggalkan makan dan minumnya (berpuasa).” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Dalam kitab Bahr al-Mazi yang menghimpunkan hadis dikeluarkan Imam at-Tirmizi ada disebutkan enam perkara yang boleh menjamin kesempurnaan puasa, semuanya berkait rapat dengan anggota zahir dan batin manusia iaitu:
• Memejamkan mata daripada membuat maksiat
• Memelihara lidah daripada membuat maksiat
• Menjauhkan telinga daripada membuat maksiat
• Menegah tangan dan kaki daripada membuat maksiat
• Jangan terlalu banyak makan ketika berbuka puasa
• Hati yang bergantung kepada Allah antara mengharap dan perasaan takut kepada-Nya.

Orang yang berpuasa bukan sekadar dikehendaki menjaga mulutnya daripada berkata kotor dan lucah serta melampau, malah dituntut mengawal mulutnya daripada membalas kejahatan mulut orang lain.

Rasulullah dalam pendidikan Baginda mengambil berat persoalan supaya tidak membalas kejahatan dengan kejahatan kerana ia tidak akan menyelesaikan permasalahan, malah lebih memburukkan keadaan.

Dalam hadis diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika ada orang berkata-kata kotor kepadanya, maka katakan kepada orang itu bahawasanya aku ini berpuasa.”

Hikmah Rasulullah menyarankan demikian untuk mengelakkan perkelahian dan perbalahan antara dua pihak saudara Islam pada bulan mulia ini demi menjaga kesucian Ramadan.

Ulama ada menyebut bahawa antara punca hilangnya pahala disebabkan kegagalan menjaga anggota pancaindera ketika berpuasa.

Sedekah hanya dapat dilakukan oleh anggota tangan.

Bacaan dan tadarus al-Quran adalah gabungan hubungan antara lidah, mulut dan mata.

Kaki pula akan sentiasa mendorong manusia melangkah ke rumah Allah untuk beribadat sama ada solat fardu atau , sunat Tarawih pada Ramadan.

Ini menunjukkan fungsi serampang dua mata anggota pancaindera manusia.

Segala amalan dalam Ramadan akan terhapus angkara perbuatan pancaindera.

Sebagai langkah mengelakkan daripada pelakuan tidak berfaedah bermula daripada kejahatan lidah, Islam menyarankan mengambil langkah berdiam diri dan mengunci mulutnya bagi memastikan dosa lidah tidak berlaku.

Umat Islam diminta mengawal lidah daripada bercakap yang sia-sia.

Asal saja mahu bertutur, pastikan bahawa ia tidak akan membawa kepada mudarat, terutama jika membabitkan hubungan dengan orang lain.

Malah, ada kalanya lebih baik seseorang itu tidur bagi menjaga pancaindera daripada melakukan dosa dan maksiat, tetapi dalam kadar yang ada batasannya.

Semoga kecemerlangan puasa yang dimulakan dengan niat suci itu terpelihara mulai dari sahur hingga tiba waktu berbuka dan diteruskan hingga ke malamnya, seterusnya sepanjang Ramadan ini

Thursday, September 3, 2009

bila berbuka ja mkn lauk ni..hehe





kalo la juadah berbuka kita cmni aeh, xyah fkr ari ni nk msk apa, sok nk msk apa kan..
dtujukan untuk kwn2 ku azi, umi n fauziah.hahaha
rasanya orng ofice pun ikut datang bbuka ngan kita lau lauk cm ni..















astagfirullahalazim...nasib baik kuat iman, x tgoda pon tgk lauk2 ni...
tapi lau real dpn mata, tpaksa tutup mata n hidung gak la..

hahaha