“janganlah kamu terlalu bersedih kerana apa yg telah ditakdirkan pasti akan berlaku dan rezeki yg telah ditentukan untukmu pasti akan datang..”
Thursday, July 30, 2009
Rahsia pemakanan genius Islam..try la...
~> KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
~> SUSU SEGAR Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
~> TELUR Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
~> HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.
~> LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
~> BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
~> DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak.
~> OTAK DAN DAGING AYAM Otak ayam yang segar boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
~> DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
~> HATI Terutamanya hati ayam kampung (ayam besa kena suntik..xelok) dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
~> KEKACANG Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.
~> ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.
~> KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
~> BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
~> LABU Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal".
~> MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
~> SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori. Buah kedekai (MANJALAWI) dapat menguatkan hafazan dan tenaga badan.aspek-aspek ini terkandung dalam AQ dan as-sunnah.. jadi, wajarlah kita mengamalkan segala perintah Allah dan mencontohi sunnah Rasulullah.. "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara dan kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah.."
1. Siapa anda (apa hakikat diri anda)?Seorang hamba Allah..drpd berjuta2 benih, diri ni yg dipilih utk lahir ke dunia..yg terbentuk dr percantuman sperma dan ovum..
2. Dari mana anda datang?Asalku dari Nabi Adam dan isterinya, Hawa yang diciptakan Allah.. segalanya dari Dia~
3. Kenapa anda berada di sini (alam dunia)?Sesuatu yg dlm pencarian..
4. Ke mana anda akan pergi?Selepas ini ke alam barzakh sebelum ke mahsyar.. selepas itu segala amalku akan dihitung.. syurga ataupun neraka(nauzubillahiminzalik).. harap2 tergolong org yg msk ke syurga..
5- Apa tujuan hidup?Mencari keredhaan ALLAH..
6- Dan apakah hakikat mati?Mati adalah permulaan kehidupan yang sebenar-benarnya.. "Jangan kau hiraukan dunia kerana dunia itu merendahkan yang tinggi dan meninggikan yang rendah.."~Pemikiran manusia sudah pasti tidak mampu memahami segala kekuasaan dan kebijaksanaan Tuhan yang menunjukkan kita jalan yang lurus~
Sunday, July 26, 2009
renung2 kan lah..selami diri sendiri..

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Thursday, July 23, 2009
sapa budak pmpuan xsuka bunga??angkat tangan..



rasa xsngup lak makan kek ni kan, sb cantik..

da dpt umah sendiri nti, nk buat landskap cm ni la, nyaman ja umah. kan3??
kesimpulannya, saja ja nak letak gambar bunga ni, xtau nak post apa. hahahaha
Friday, July 17, 2009
pesanan dari teman (AZIMAT BISMILLAH)
gaya rambut 2009
Tips mendandan dan menjaga rambut bagi mendapatkan gaya rambut terkini gaya rambut 2009.
Bagi yang berambut mengerbang, Sediakan gel dan serum di dalam handbag anda dan jika rambut anda kelihatan mengerbang campur kan gel dan serum dalam kuantiti yang sama banyak kemudian sapukan pada rambut dan gayakanya semula, serum ini bertindak sebagai anti frizz mana kala gel mengekalkan bentuk rambut anda.
Lady Gaga ini pula lebih menarik menggunakan cebisan rambutnya sendiri sebagai aksesori rambutnya. Sebaiknya buatlah di salon kegemaran anda membuatkannya untuk anda dan boleh digayakan apa bila perlu.
Menjaga rambut adalah kewajipan jika anda sering memakai aksesori atau apa-apa yang menyakitkan rambut anda ketika cuci apa kata lap kan dahulu rambut anda sebelum menyapu conditioner ini akan membolehkan keberkesanan penyerapan conditioner itu ke rambut anda.
Gaya rambut Boy look boleh saja jika anda berani mencuba gaya ini.
Jika anda ingin bermandi manda di tepi pantai atau berenang di pool apa kata cuba kaedah ini untuk mengekalkan gaya rambut anda. Basahkan rambut anda dengan air biasa sebelum anda terjun ke kolam renang atau mandi laut. Ini dapat mengelakkan kerosakkan rambut akibat klorin dan garam.
Jika anda ingin menipiskan rambut di bahagian atas agar lebih ringan apa kata cuba cara ini, gaya rambut short layer dan jika ingin lebih bergaya apa kata tambahkan highlight pula.
Gunakan eye shadow untuk menghasilakan warna kemudian semburkan hair spray untuk mengekalkan warnanya. Ini menghasilkan rambut yang berkilau-kilau sesuai untuk gaya malam anda.
tips agar cantik
Tips cantik melakukan rutin harian…
Tips cantik kali ini… ADAKAH ANDA BERLEBIHAN MELAKUKAN Rutin harian anda? ATAU KURANG? Apakah tips cantik rutin harian anda? rutin harian untuk kekal cantik… Tips cantik untuk amalan anda seharian.
1) Tips cantik yang pertama adalah … Mencuci muka?
- Sehari sekali bagi yang berkulit kering dan 2 kali sehari bagi kulit berminyak
2) Tips cantik yang kedua ialah pengunaan krim muka?
- Dua atau tiga kali bagi produk yang mengandungi salicylic asid dan memadai sehari sekali bagi produk yang mengandungi benzoyl peroxide ini akan membawa pada kulit menjadi kering jika di pakai berlebihan.
3) Tips cantik yang ketiga ialah pemakaian mask?
- Seminggu sekali jika anda mengunakan produk untuk melembabkan kulit dan dua kali seminggu bagi yang mengunakan masker untuk kulit berjerawat iaitu jenis penyerap minyak (oil-absorber).
4) Tips cantik yang ke-empat ialah Body scrub?
-Memadai seminggu sekali
5) Tips ke lima ialah Shave my bikini line?
- Sekali atau dua kali seminggu bergantung pada anda.
rawatan kulti
Sebenarnya penuaan kulit mula berlaku dari usia 20-an. Rutin penjagaan kulit yang baik boleh memperlahankan proses penuaan kulit. Kali ini saya ingin berkongsikan serba sedikit mengenai rawatan kulit yang dinamakan Chemical Peel.
Rawatan Chemical Peel ini berfungsi untuk mendapatkan kulit wajah yang licin berseri serta mengekalkan keremajaan kulit. Rawatan kulit Chemical Peel ini merupakan kaedah rawatan moden kini.
Rawatan chemical peel ini disarankan kepada meraka yang berkulit cerah berbanding yang berkulit gelap. Rawatan pula akan bergantung kepada tahap masalah kulit yang dihadapi dan terbahagi kepada tiga jenis iaitu light peel, medium peel dan deep peel.
Light peel melibatkan permukaan kulit, medium peel menembus masuk sehingga ke pertengahan epidermis manakala deep peel mampu sampai hingga ke epidermis. Sebelum menerima rawatan kulit akan dianalisis oleh pakar terlebih dahulu untuk menentukan tahap rawatan yang diperlukan.
Rawatan kulit chemical peel ini boleh dilakukan di hospital dan akan di lakukan oleh doktor – doktor yang berkelayakan. Selalunya rawatan ini menelan kos dari Rm 100 hingga ke Rm 800.
Rawatan Chemical Peel boleh dilakukan pada bahagian muka, leher dan juga tangan.
Mengapa perlu Rawatan Kulit Chemical Peel?
- Untuk mengurangkan garisan halus di bawah mata dan sekeliling mulut.
- Merawat kedutan yang disebabkan oleh kerosakan matahari, penuaan dan faktor genetik.
- Merawat sesetengah jenis jerawat.
- Memperbaiki kemunculan parut halus.
- Mengurangkan tanda penuaan, bintik-bintik hitam akibat kehamilan dan pengambilan pil pencegah kehamilan.
- Memperbaiki wajah dan kulit yang kusam dari segi tekstur dan warna
tips kecantikan kaki
- Tips penjagaan kaki yang pertamanya rendam kaki selama 30 minit di dalam air suam yang dicampurkan sedikit garam biasa atau garam mandian.
- Kemudian lap tapak kaki perlahan-lahan menggunakan tuala kecil bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan kekotoran.
- Tips penjagaan kaki seterusnya sambil rendamkan kaki, bolehlah memasangkan lagu yang lembut untuk terapi diri.
- Tips penjagaan kaki seterusnya scrub kaki anda atau gukan pimice stone bagi membuang kepingan keras pada kaki.
- Kemudian keringkan kaki dengn tuala bersih. Urut kaki dengan losen atau krim kaki.
- Tips penjagaan kaki, pastikan urut sekitar tapak kaki,tumit, celahan jari dan sapukan losyen keseluruhan kaki.
- Tips penjagaan kaki seterusnya ialah ketika memotong kuku kaki dengan betul ialah dengan memotongnya menjadi empat segi. jangan membuang kutikel pada kuku bagi mengelakkan kemasukan bakteria.
- Kemudian goskkan kuku kaki yang telah dirapikan dengn minyak zaitun agar lebih sihat dan berkilau.